Kelab Aktiviti : Origami Keluarga Musang

Tarikh : 24 Disember 2011
Hari : Sabtu
Catatan : aktiviti origami keluarga musang menggunakan kertas-kertas terpakai, aktiviti ini merujuk buku rujukan kanak-kanak  bertajuk Origami call no. KR 736.982 OBR.

belajar cara melipat kertas
hasil origami keluarga musang

Kelab Aktiviti : siapa cepat & kira-kira

Tarikh : 23 Disember 2011
Hari : Jumaat
Catatan : Kelab aktiviti mengadakan 2 aktiviti iaitu siapa cepat dan kira-kira . Siapa cepat  : membantu Pak Mat memilih jalan yang pintas untuk sampai ke rumah sahabatnya agar tidak sesat dan membuang masa.
Kira-kira : aktiviti menguji minda, peserta dikehendaki mengenal pasti lukisan geometri berikutnya.

Kelab Aktiviti : Teka Silangkata

Tarikh : 14 Disember 2011
Hari : Rabu
Catatan : Aktiviti menguji minda untuk menajamkan minda para peserta di musim cuti sekolah ini. Aktiviti dijalankan sepanjang perkhidmatan perpustakaan supaya masa untuk menungu giliran penggunaan perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan selain dari membaca buku. Aktiviti diambil dari majalah Asuh keluaran November 2011.

menunggu giliran perkhidmatan
menjawab teka silang kata
antara perserta
teka silangkata

Kelab Aktiviti : Colour by code

Tarikh : 13 Disember 2011
Hari : Selasa
Catatan : Aktiviti mewarna mengikut kod warna yang telah diberi. Aktiviti ini adalah mengenali warna dalam Bahasa Inggeris.
aktiviti yang telah siap
antara peserta

Aktiviti Galakan Membaca di Karnival Buku Pulau Pinang di Perpustakaan Negeri Seberang Jaya

Tarikh : 10 Disember 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Aktiviti galakan membaca sempena Karnival Buku Pulau Pinang di Perpustakaan Negeri , Seberang Jaya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah dam bahasa, dam ular, kotak beracun, chicken dance dan origami.Petugas yang bertugas pada 10/12/2011 ialah Pn Rosnaliza & Pn Shuhailawati.Gambar -gambar aktiviti yang sempat dirakamkan.
aktiviti dam bahasa
aktiviti dam ular

aktiviti chicken dance
aktiviti dam ular

aktiviti origami
aktiviti kotak beracun

Kelab Aktiviti : Origami Horn Ram

Tarikh : 09 Disember 2011
Hari : Jumaat
Catatan : aktiviti origami membuat bentuk biri-biri jantan bertanduk, cara-cara membuat origami di ambil dalam majalah Ana Muslim siri 68 di m/s 59.
What is a horn ram ?
Horn Ram refer to the male animal of the "Bighorn Sheep". The female animal is called Ewe.It got its name from the large and curvy horns.However , the females have a shorter and less curvature horns. Thehorns can weigh up to 14 kg, while the sheep itself can weigh up to 140 kg.
belajar cara melipat kertas
majalah dirujuk & hasinya
antara perserta aktiviti

Aktiviti Kelab : Teka Siapa Saya ?

Tarikh : 08 Disember 2011
Hari : Khamis
Catatan : Aktiviti menguji minda sementara menunggu giliran  perkhidmatan perpustakaan seperti peminjaman buku, internet, multimedia & permainan. Aktiviti berbentuk teka siapa saya ? yang diambil dari majalah Asuh keluaran November 2011 m/s 21.

Aktiviti Kelab : Origami Mulut Mencakup

hasilkan mulut burung makan ikan
buku dirujuk


Tarikh : 03 Disember 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Aktiviti origami yang memerlukan sehelai kertas tebal segiempat sama 20 x 20 cm .Untuk membuat mulut supaya mencakup , pegang belakang kepala dengan jari dan ibu jari, buka dan tutup mulut seperti pergerakan  pupet . Lepas siap bolehlah buat pupet show.

Kelab Aktiviti : Penanda Buku

penanda buku yang dihasilkan
perserta aktiviti

Tarikh : 03 Disember 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Menghasikan penanda buku dari kertas-kertas terpakai.

Lawatan Ke Cameron Highland


Tarikh : 21/11/2011 - 23/11/2011
Hari : Isnin , Selasa & Rabu
Laporan lawatan :
Program lawatan ini adalah kerjasama Komuniti 1Malaysia Permatang Tinggi A bersama Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Tinggi A dan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak. Seramai 44 orang terlibat dalam lawatan ini.
21 November 2011 ,Perserta lawatan berkumpul di dua lokasi iaitu di Kampung Permatang Tinggi A dan Kampung Lahar Minyak dan bertolak keluar dari Pulau Pinang ke Cameron Highland pada jam 11 malam.
22 November 2011 ,Lawatan tiba di Cameron Highland pada jam 5.00 pagi . Solat Subuh berjemaah di Masjid Cameron Highland dan bersarapan , perserta lawatan di bawa ke tempat-tempat menarik sekitar Cameron Highland .
23 November 2011 hari terakhir lawatan ,para perserta di bawa ke pasar Brinchang untuk membeli belah di pasar ini . Jam 12.30 tengahari bertolak pulang ke Pulau Pinang dan tiba pada jam 7.00 malam.

Aktiviti bersama ahli perpustakaan semasa pulang dari lawatan : Soalan-soalan berkisar tentang tempat yang dikunjungi
  1. Apakah yang terdapat di MARDI ?
  2. Adakah penyelidikan MARDI untuk tanaman di Cameron Highland sahaja?
  3. Apakah yang ditanam secara berteres?
  4. Kenapakah pasar malam ada pada setiap hari di Brinchang?
  5. Kenapa pasar di kawasan Brinchang tiada dijual ikan dan daging?
  6. Ladang lebah megeluarkan hasilkan apa ?


Aktiviti Kelab : Kenali Pakaian Tradisional

Tarikh : 19 November 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Aktiviti melukis dan sedikit keterangan mengenai pakaian tradisional yang dilukis. Pakiaan adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat kaum di Malaysia.
hasil penyertaan & buku yang dirujuk
melukis
merujuk fakta dari buku

Aktiviti Kelab : Ocean World Birthday Party





perserta aktiviti






Tarikh : 18 November 2011
Hari : Jumaat
Catatan : aktiviti  melukis dan mewarna untuk menghasilkan gambar yang cantik pada sambutan hari lahir untuk dimuatkan dalam bingkai gambar .

melukis & mewarna
melukis & mewarna 

Explore Race "Sedetik Kita Bertemu di Pejabat Dearah & Tanah Seberang Perai Utara"

Taklimat sebelum explore race
Perserta dari PPAPP
Tarikh : 12 November 2011
Hari : Sabtu 

Aktiviti Kelab : Permainan dalaman millionaire kids, congkak & karom

Tarikh : 11 November 2011
Hari : Jumaat
Catatan : Kelab aktiviti mengadakan aktiviti permainan dalaman;
  1. Millionaire kids: permainan ini merupakan satu permaianan" board game" yang berkualiti bertujuan meningkatkan kecekapan kewangan kanak-kanak.
  2. Congkak : permainan taradisional masyarakat dahulu kala untuk mengisi masa lapan yang perlu diwarisi dan dipelajari cara-cara bermain.
  3. Karom : satu permainan purba rakyat Burma yang paling digemari pengguna perpustakaan
millionaire kids
congkak

karom

Program door to door

Tarikh : 11 November 2011
Hari : Jumaat
Ulasan Program : Hari ini lawatan terakhir program door to door untuk sesi persekolahan tahun 2011 , program akan bermula semula pada tahun hadapan untuk sesi persekolahan 2012. Pengambilan bahan -bahan pinjaman sebelum cuti sekolah bermula dan penghantaran kad keahlian perpustakaan serta risalah perpustakaan untuk kunjungan di musim cuti sekolah untuk  pelajar.Para pelajar sedang berlatih untuk persembahan majlis penyampaian hadiah semasa kunjungan program door to door.

Aktiviti Kelab : Teka Siapa Saya ?

Tarikh : 04 November 2011
Hari : Jumaat
Perserta : 10 orang
Catatan :  Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti galakan membaca untuk perserta. Buku kisah-kisah Nabi di keluarkan dari rak untuk bacaan  sebelum soalan aktiviti " Teka Siapa Saya ? " diadakan. perserta dijarakkan kedudukan untuk menjawab soalan. Antara Soalan-soalan Teka Siapa Saya ? ialah
1. Nabi ini diperintahkan oleh Allah SWT untuk membuat kapal.
2 .Nabi yang dibakar hidup-hidup.
3. Antara mukjizat Nabi ini ialah menyembuhkan orang buta dan orang sakit kusta.
4. Putra kepada Nabi Daud yang mempunyai mukjizat memahami maksud yang terkandung dalam suara    binatang-binatang dan sebaliknya binatang-binatang juga dapat mengerti apa yang dia perintahkan dan ucapkan.
5. Nabi yang menggunakan tongkat untuk menunjukkan mukjizatnya kepada Firaun.
6. Nabi yang menjadi Contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

sesi membaca
sebelum aktiviti

buku dan jawapan perserta