Program Mentor Mantee kembali lagi untuk siri ke 3

Pada 16 November 2013 hari Sabtu Komuniti 1Malaysi Permatang Tinggi A dengan kerjasama 4 Perpustakaan Desa iaitu PDSI Permatang Tinggi A , PDSI Lahar Minyak , PDSI Kota Aur dan PDSI Permatang Kuang akan mengadakan aktiviti Mentor Mentee untuk siri yang ke 3 , berkonsepkan keagamaan . Penyertaan terbuka kepada pengguna perpustakaan di sekitar perpustakaan terlibat. Sila dapatkan borang penyertaan di perpustakaan desa yang terlibat. Penyertaan adalah terhad ,sila daftar segera , pasti gembira dan bertambah ilmu untuk program kali ini .
 
 

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Tinggi A sudah beroperasi di bagunan perpustakaan semula.

 

Assalammualikum pembaca blog PDSI Permatang Tinggi A dan Pengguna PDSI Permatang Tinggi A, untuk pengetahuan semua perkhidmatan perpustakaan desa Permatang Tinggi A sudah pun beroperasi dibagunan perpustakaan . Sila  datang ke perpustakaan untuk melihat sendiri perubahan yang ada dan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada dengan percuma.



Bagunan Perpustakaan Di naik Taraf

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada penguna dan pembaca blog PDSI Permatang Tinggi A .Tahun 2013 adalah tahun yang bertuah kepada pengguna PDSI Permatang Tinggi A kerana terpilih dalam projek menaik taraf bagunan awam.Projek ini bermula pada 12 Jun 2013 . Semasa perlaksanaan menaik taraf bagunan , perkhidmatan perpustakaan di buka juga kepada pengguna di Dewan Komuniti Tingkat 1. Pelbagai aktiviti bersama pengguna juga di laksanakan di sini.
antara aktiviti bersama pengguna di dewan komuniti.