D/a : Sebahagian Lot 1005,Mk 14 Permatang Tinggi A,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel : 04-5792943 Emel : pmtga@penanglib.gov.my
Aktiviti Kelab : Find 3 Little birds
Jumaat 8 Julai 2011 , kelab aktiviti mengadakan aktiviti "find 3 little birtds" untuk pengguna cilik, aktiviti ini adalah berbentuk mewarna dan menolong ibu burung mencari 3 ekor anak burungnya yang jatuh dari sarang.Seramai 4 orang kanak-kanak menyertainya.
Aktiviti Kelab : Kenali TYT Pulau Pinang
Jumaat 8 Julai 2011 , kelab aktiviti mengadakan aktiviti kenali TYT Pulau Pinang dengan bantuan Jurnal Elektronik mylib di bahagian Blis -who's who. Seramai 6 perserta menyertai aktiviti ini .
Aktiviti Kelab : Kenali TYT Pulau Pinang
Jumaat , 8 Julai 2011 kelab aktiviti mengadakan aktiviti mengenali TYT Pulau Pinang melalui perkhidmatan Jurnal elektronik Mylib (Blis-who's who).Seramai 6 pengguna sahaja mengikuti aktiviti ini.
Nama penuh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas berasal dari Kampung Permatang Rambai Kepala Batas Pulau Pinang.Pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok Kepala Batas sebelum menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim (kini UPSI).Beliau menjadi guru selama 20 tahun sebelum terlibat secara aktif dalam politik.Kerjaya guru berakhir di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga , Pulau Pinang.

Aktiviti Kelab: Kolaj Ikan
Jumaat , 1 Julai 2011 kelab aktiviti membuat aktiviti kolaj ikan , seramai 10 perserta kelab menyertai aktiviti ini. Kolaj ikan ialah aktiviti melukis , mengunting dan melekat kertas pada gambar yang dilukis .
Promosi Perpustakaan di SMK Gemilang
Pada 29 Jun 2011 hari Rabu telah mengadakan promosi perpustakaan di SMK Gemilang.Membuat pameran buku-buku yang terdapat di perpustakaan , pendaftaran ahli baru & aktiviti bersama pelajar.
Jumlah Pelajar :400 orang
Pendaftaran : 79 orang
Aktiviti bersama pelajar SMK Gemilang
Dam Ilmu : 30
Bina Kata :100
Teka Silang Kata : 35
Teka Kata : 20
Permainan Dalaman
Dam : 40
Catur:40
Congkak:79
c
Jumlah Pelajar :400 orang
Pendaftaran : 79 orang
Aktiviti bersama pelajar SMK Gemilang
Dam Ilmu : 30
Bina Kata :100
Teka Silang Kata : 35
Teka Kata : 20
Permainan Dalaman
Dam : 40
Catur:40
Congkak:79
c
Program Door To Door
Program door to door adalah salah satu program galakan membaca di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya. Door to door adalah satu usaha memupuk minat membaca di kalangan rakyat Pulau Pinang dengan cara mendekati pengguna , memberi pinjaman buku secara penghantaran terus dan mengambil kembali buku tersebut selepas 2 minggu .Program ini mendapat maklumbalas yang baik dari pengguna.Semoga usaha murni Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan dapat melahirkan rakyat yang berpegetahuan dan berilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)