Aktiviti Kelab : Origami katak

Tarikh : 03 November 2011
Hari : Rabu
Peserta : 10 orang
Catatan : Sehelai kertas A4 terpakai digunakan dalam menghasilkan origami katak. Buku bertajuk Origami yang terdapat dalam buku rujukan kanak-kanak digunakan dalam aktiviti ini sebagai panduan membuat origami.
belajar
mencuba


origami katak
hasilnya


door to door

Tarikh : 02 November 2011
Hari : Rabu
Lokasi : Pasti Intanku , Kafa Ptg Tok Jaya, Tabika Kemas Ptg Tok Gelam & Tabika Kemas Kg Datuk
Jumlah bahan Pinjaman : 80 bahan
 Ulasan Program : Penghantaran buku pinjaman terakhir untuk tahun 2011 sebelum cuti sekolah bermula dan mengambil semula bahan -bahan yang di pinjam pada kunjungan yang lepas .Kebanyakkan tempat yang saya kunjungi sedang mengadakan latihan untuk persembahan akhir tahun. Door to door akan bermula selepas sesi persekolahan tahun 2012 bermula di lokasi yang sama atas permintaan dan mungkin ada lokasi baru untuk di kunjungi.


Aktiviti Kelab : Lipatan kertas dengan pelbagai cara

Tarikh : 29 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Perserta : 10 orang
Catatan : Membuat lipatan kertas dengan menggunakan kertas-kertas terpakai merujuk buku yang terdapat di perpustakaan.Pelbagai jenis lipatan direka berdasarkan rekaan dari buku yang di rujuk.


Pertandingan Mewarna Di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Pertandingan Mewarna Di Tapak Ekspo,Seberang Jaya pada 29 Oktober 2011 Sempena Hari Peladang , Penternak , Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.





Kelab Aktiviti : Burung Merak

Tarikh : 28 Oktober 2011
Hari : Jumaat
Perserta : 6 orang
Catatan : Aktiviti  membuat burug merak menggunakan kertas warna . Tapak tangan di tekap di kertas warna  dan di gunting untuk mendapatkan kepak  burung merak .

Promosi Perpustakaan di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Tarikh : 27 Oktober 2011- 30 Oktober 2011
Hari :  Khamis - Ahad
Catatan : Promosi perpustakaan di tapak ekspo Seberang Jaya sempena hari Peladang , Penternak, Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011.Ekspo bermula jam 9 pagi hingga 11 malam bermula pada 27 Oktober hingga 30 Oktober 2011 dan perasmian majlis pada 28 Oktober 2011, jam 2.45 petang.

Kelab Aktiviti : Teka Silangkata

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu / petang
Perserta : 16 orang
Catatan : kelab aktiviti mengadakan aktiviti teka silangkata.

.

Kelab Aktiviti : Mewarna

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu /petang
Perserta : 20 orang
Catatan : Kelab aktiviti mengadakan aktiviti mewarna
 
 

Kelab Aktiviti : Setaman Pantun Kenangan

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu / pagi
Perserta : 6 orang
Catatan : Setaman Pantun Kenangan adalah koleksi buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Hari ini kelab aktiviti mengunakan buku Setaman Pantun Kenangan untuk aktiviti sempena Bulan Bahasa. Enam peserta untuk aktiviti berbalas pantun.

Pohon delima pinggiran titi ,
Di tepi paya direnangi angsa ,
Pantun umpama cerminan hati ,
  Perlu dididik untuk anak bangsa.

Fiesta Makanan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan mengadakan FIESTA MAKANAN bertempat di Perpustakaan Seberang Jaya pada 27 Oktober 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah :
1. Pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 5-6 tahun pada pukul 2.00 petang. Pendaftaran peserta adalah pada pukul 1.45 petang.
2. Pertandingan kuiz pemakanan (13-15 tahun) berkumpulan 3 orang. Saringan pada 10.00 pagi dan final pada jam 3.00 petang
3. Demonstrasi masakan pelbagai makanan
4. Jualan makanan
5. Pameran dan jualan buku masakan
6. Pertandingan makan-makan (terbuka)

Semua di jemput hadir beramai-ramai memeriahkan Fiesta Makanan yang julung kali diadakan ini.

Promosi Perpustakaan di SMK Permatang Tok Jaya


Tarikh : 15 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Promosi perpustakaan diadakan di SMK Permatang Tok Jaya sempena Hari Semarak Jawi.
Antara program promosi perpustakaan yang telah dijalankan pada hari tersebut  ialah setiap bayi satu buku , pendaftaran keahlian perpustakaan, pameran buku perpustakaan, pameran Lincoln Corner, permainan dam ular , permainan dam bahasa dan aktiviti menguji minda seperti word search, gali kata , teka silang kata & bina kata .
Tarikh : 08 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Promosi perpustakaan diadakan sempena Hari Kantin di SK Permatang To Jaya, antara program promosi perpustakaan yang telah dijalankan ialah setiap bayi satu buku , pendaftaran keahlian perpustakaan, pameran buku perpustakaan, permainan dat ilmu , permainan dam ular dan permainan dam bahasa.

Kelab Aktiviti : under the sea


                Tarikh : 14/09/2011
                Hari : Rabu
                Perserta : 10 orang
                Catatan aktiviti : mewarna gambar hidupan di dasar laut.

Kelab Aktiviti : mewarna ice cream

Tarikh : 13/09/2011
Hari : Selasa
Perserta : 10 orang
Catatan aktiviti : aktiviti mewarna , menggunting  & melekat kertas menjadi bentuk ice crem , perserta terdiri dari kanak-kanak bawah 8 tahun .

Kelab Aktiviti : melukis & mewarna

Tarikh : 10 /09/2011
Hari : Sabtu
Perserta : 20 orang
Catatan aktiviti : perserta bebas melukis apa yang mereka fikirkan & mewarna selepas itu.

Kelab Aktiviti : Kraf ikan dari sampul duit raya

Tarikh : 03/09/2011
Hari : Sabtu
Perserta : 10 orang
Catatan aktiviti : Sampul duit raya adalah barang terbuang setelah isi di dalamnya diambil telah bertukar menjadi kraf ikan.



Aktiviti Kelab : Suasana Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Kemerdekaan

Tarikh : 27 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Aktiviti : Suasana Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Kemerdekaan
Ulasan aktiviti : Perserta melukis dan mewarna lukisan yang dihasilkan mereka. seramai 20 kanak-kanak menyertainya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dari Saya Sekeluarga . Semoga Kehadiran Syawal Dapat Mengeratkan Lagi Tali Persaudaraan Antara Kita.
Tarikh : 20 ogos 2011
Hari : Sabtu
Aktiviti : Kad Ucapan Hari Raya
Ulasan :  perserta menghasilkan kad ucapan Hari Raya berserta pantun hari raya & ucapan.Seramai 12 perserta menyertai aktiviti ini.







Aktiviti Kelab : Kuiz Kenali Jalur Gemilang

Tarikh : 20 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Aktiviti : Kuiz Kenali Jalur Gemilang
Ulasan : 10 soalan di kemukakan di dalam kuiz ini ,purata jawapan dari perserta 8-6 soalan yang betul. soalan berkisar tentang Bendera Malaysia.Perserta dijarakkan kedudukan ketika menjawab soalan kuiz.
menjawab soalan
kertas kuiz disemak