Lawatan Ke Cameron Highland


Tarikh : 21/11/2011 - 23/11/2011
Hari : Isnin , Selasa & Rabu
Laporan lawatan :
Program lawatan ini adalah kerjasama Komuniti 1Malaysia Permatang Tinggi A bersama Perpustakaan Desa Siber Ilmu Permatang Tinggi A dan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak. Seramai 44 orang terlibat dalam lawatan ini.
21 November 2011 ,Perserta lawatan berkumpul di dua lokasi iaitu di Kampung Permatang Tinggi A dan Kampung Lahar Minyak dan bertolak keluar dari Pulau Pinang ke Cameron Highland pada jam 11 malam.
22 November 2011 ,Lawatan tiba di Cameron Highland pada jam 5.00 pagi . Solat Subuh berjemaah di Masjid Cameron Highland dan bersarapan , perserta lawatan di bawa ke tempat-tempat menarik sekitar Cameron Highland .
23 November 2011 hari terakhir lawatan ,para perserta di bawa ke pasar Brinchang untuk membeli belah di pasar ini . Jam 12.30 tengahari bertolak pulang ke Pulau Pinang dan tiba pada jam 7.00 malam.

Aktiviti bersama ahli perpustakaan semasa pulang dari lawatan : Soalan-soalan berkisar tentang tempat yang dikunjungi
  1. Apakah yang terdapat di MARDI ?
  2. Adakah penyelidikan MARDI untuk tanaman di Cameron Highland sahaja?
  3. Apakah yang ditanam secara berteres?
  4. Kenapakah pasar malam ada pada setiap hari di Brinchang?
  5. Kenapa pasar di kawasan Brinchang tiada dijual ikan dan daging?
  6. Ladang lebah megeluarkan hasilkan apa ?