Aktiviti Galakan Membaca Bersama Komuniti Belajar Burdah

Tarikh : 24 Februari 2012
Hari : Jumaat
Aktiviti : Mempelajari bacaan burdah dan cara penyampaiannya, pelajar terdiri daripada pem. perpustakaan dan komuniti sekitar Kota Aur. Terima kasih kepada tenaga pengajar iaitu Tuan Haji Ismail.Kelas akan di adakan setiap 2 minggu sekali hari Jumaat di PDSI Kota Aur.
mengambil nota
belajar membaca berlagu
komuniti Kota Aur yg terlibat
 antara pem. perpustakaan yg belajar

Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Permatang Tinggi A

Tarikh : 19 Februari 2012
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari

Aktiviti : Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan berarak sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW mengelilingi kampung . Selepas berarak , kaum lelaki meneruskan dengan Marhaban dan kaum wanita bergotong-royong menyediakan kenduri kampung untuk makan tengahari , Perserta kanak-kanak membuat aktiviti bersama pem.perpustakaan untuk aktiviti galakan membaca Teka Silang Kata ,sementara menunggu makan kenduri.

aktiviti galakan membaca
alunan marhaban
selawat keatas Nabi Muhammad SAW
masak beramai-ramai

Kelab Aktiviti : 1Malysia Membanteras Dadah

Tarikh : 18 Februari 2012
Hari : Sabtu
Aktiviti : Mewarna gambar 1Malysia membanteras najis dadah.
perserta kelab aktiviti
sebahagian hasil perserta

Program door to door

Tarikh : 15 Februari 2012
Hari : Rabu
Lokasi : Kampung Lahar Kepar & Pasti Nur Hidayah Penaga.
Aktiviti : Memperkenalkan Perkhidmatan  Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan pendaftaran keahlian baru.
membuat pendaftaran dari rumah
waris pelajar turut serta

Kelab Aktiviti : Membuat cup cake

bahan-bahan membuat cup cake
cara penyediaan
bahan-bahan diputar hingga kembang
masukkan adunan dalam cup cake
cup cake dibakar hingga masak
Tarikh : 09 Februari 2012
Hari : Khamis
Aktiviti : Membuat cup cake bersama-sama ahli kelab aktiviti dengan bantuan cikgu Kemas, seramai 28 ahli menyertai aktiviti ini. Aktiviti bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

Aktiviti Galakan Membaca Bersama Komuniti

Tarikh : 02 Februari 2012
Hari : Khamis
Aktiviti : Aktiviti Burdah , Marhabban & Berendoi telah di adakan di Perpustakaan Desa Kota Aur.Penglibatan komuniti warga emas dan pem. perpustakaan PPAPP & PNM dalam program ini .Aktiviti ini adalah salah satu program galakan membaca untuk warga emas dan pengenalan aktiviti  kemasyarakatan kepada pem. perpustakaan.