Fiesta Makanan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan mengadakan FIESTA MAKANAN bertempat di Perpustakaan Seberang Jaya pada 27 Oktober 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah :
1. Pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 5-6 tahun pada pukul 2.00 petang. Pendaftaran peserta adalah pada pukul 1.45 petang.
2. Pertandingan kuiz pemakanan (13-15 tahun) berkumpulan 3 orang. Saringan pada 10.00 pagi dan final pada jam 3.00 petang
3. Demonstrasi masakan pelbagai makanan
4. Jualan makanan
5. Pameran dan jualan buku masakan
6. Pertandingan makan-makan (terbuka)

Semua di jemput hadir beramai-ramai memeriahkan Fiesta Makanan yang julung kali diadakan ini.