Aktiviti Kelab : Lipatan kertas dengan pelbagai cara

Tarikh : 29 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Perserta : 10 orang
Catatan : Membuat lipatan kertas dengan menggunakan kertas-kertas terpakai merujuk buku yang terdapat di perpustakaan.Pelbagai jenis lipatan direka berdasarkan rekaan dari buku yang di rujuk.


Pertandingan Mewarna Di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Pertandingan Mewarna Di Tapak Ekspo,Seberang Jaya pada 29 Oktober 2011 Sempena Hari Peladang , Penternak , Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.





Kelab Aktiviti : Burung Merak

Tarikh : 28 Oktober 2011
Hari : Jumaat
Perserta : 6 orang
Catatan : Aktiviti  membuat burug merak menggunakan kertas warna . Tapak tangan di tekap di kertas warna  dan di gunting untuk mendapatkan kepak  burung merak .

Promosi Perpustakaan di Tapak Ekspo Seberang Jaya

Tarikh : 27 Oktober 2011- 30 Oktober 2011
Hari :  Khamis - Ahad
Catatan : Promosi perpustakaan di tapak ekspo Seberang Jaya sempena hari Peladang , Penternak, Nelayan & Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011.Ekspo bermula jam 9 pagi hingga 11 malam bermula pada 27 Oktober hingga 30 Oktober 2011 dan perasmian majlis pada 28 Oktober 2011, jam 2.45 petang.

Kelab Aktiviti : Teka Silangkata

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu / petang
Perserta : 16 orang
Catatan : kelab aktiviti mengadakan aktiviti teka silangkata.

.

Kelab Aktiviti : Mewarna

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu /petang
Perserta : 20 orang
Catatan : Kelab aktiviti mengadakan aktiviti mewarna
 
 

Kelab Aktiviti : Setaman Pantun Kenangan

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu / pagi
Perserta : 6 orang
Catatan : Setaman Pantun Kenangan adalah koleksi buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Hari ini kelab aktiviti mengunakan buku Setaman Pantun Kenangan untuk aktiviti sempena Bulan Bahasa. Enam peserta untuk aktiviti berbalas pantun.

Pohon delima pinggiran titi ,
Di tepi paya direnangi angsa ,
Pantun umpama cerminan hati ,
  Perlu dididik untuk anak bangsa.

Fiesta Makanan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan mengadakan FIESTA MAKANAN bertempat di Perpustakaan Seberang Jaya pada 27 Oktober 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah :
1. Pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 5-6 tahun pada pukul 2.00 petang. Pendaftaran peserta adalah pada pukul 1.45 petang.
2. Pertandingan kuiz pemakanan (13-15 tahun) berkumpulan 3 orang. Saringan pada 10.00 pagi dan final pada jam 3.00 petang
3. Demonstrasi masakan pelbagai makanan
4. Jualan makanan
5. Pameran dan jualan buku masakan
6. Pertandingan makan-makan (terbuka)

Semua di jemput hadir beramai-ramai memeriahkan Fiesta Makanan yang julung kali diadakan ini.

Promosi Perpustakaan di SMK Permatang Tok Jaya


Tarikh : 15 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Promosi perpustakaan diadakan di SMK Permatang Tok Jaya sempena Hari Semarak Jawi.
Antara program promosi perpustakaan yang telah dijalankan pada hari tersebut  ialah setiap bayi satu buku , pendaftaran keahlian perpustakaan, pameran buku perpustakaan, pameran Lincoln Corner, permainan dam ular , permainan dam bahasa dan aktiviti menguji minda seperti word search, gali kata , teka silang kata & bina kata .
Tarikh : 08 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Catatan : Promosi perpustakaan diadakan sempena Hari Kantin di SK Permatang To Jaya, antara program promosi perpustakaan yang telah dijalankan ialah setiap bayi satu buku , pendaftaran keahlian perpustakaan, pameran buku perpustakaan, permainan dat ilmu , permainan dam ular dan permainan dam bahasa.