Program Membaca 1Malaysia : 24 Oktober 2012



Bacaan serentak tanpa suara

Menulis moral cerita




Para pelajar berminat untuk menukar bahan bacaan untuk dibaca selepas program membaca serentak tamat
Program membaca 1Malaysia merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Program ini bermula pada 22-25 Oktober 2012. Pada hari ini 24 Oktober 2012 , program " Membaca 1Malaysia " diadakan di Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang diwakili oleh PDSI Permatang Tinggi A.

Program bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Aturcara program  :
  • pelajar diberi senaskah buku cerita setiap orang dan memulakan bacaan serentak  tanpa suara.
  • akhir bacaan pelajar diminta menulis moral dari bahan yang dibaca
  • 3 cabutan bertuah untuk moral cerita yang ditulis mendapat cenderahati dari PDSI Permatang Tinggi A.